Latest Blog Posts
Top Perfume 2022
Top Perfume 2022
15/09/2022 0

Hukum Memakai Wangian Beralkohol Menurut Islam
Hukum Memakai Wangian Beralkohol Menurut Islam
25/11/2020 0

Perfume Top 2020
Perfume Top 2020
01/11/2020 1

Tips Wangian Tahan Lama
Tips Wangian Tahan Lama
29/09/2020 0

Tips Pemilihan Wangian
Tips Pemilihan Wangian
20/09/2020 0

Latest Comments
Perfume Top 2020
Nur Nabihan

Blog Categories

Tips Pemilihan Wangian

Posted by Admin-Mirh 20/09/2020 0 Comment(s) September,

 

 

 

 

PANDUAN MEMILIH PERFUME

 

 

Mesti korang pernah beli perfume untuk disembur ke badan atau di pakaian, dan kemudiannya bau wangian itu hilang! Tak tahan lama!

 

Stress bukan? Yang pasti mesti korang rasa sangat membazir, lagi-lagi harga yang agak mahal. Dah berbotol-botol korang tukar, dah pelbagai jenama yang korang cuba. Tapi masih sama. Sangat menghampakan!

 

TAPI, sebenarnya bukan anda sahaja yang menhadapi masalah ini. Sudah pasti ramai lagi yang mengalami pengalaman yang sama. 

 

Artikel ini akan membantu ada dalam pemilihan minyak wangi yang tepat dan semestinya tahan lama. Pasti berbaloi dan puas hati!

 

Baca artikel penuh di bawah.

 

 
 

APA PERKARA ASAS TENTANG MINYAK WANGI?

 

Minyak wangi atau ‘perfume’ merupakan hasil dari campuran pati dan warna pelarut. Etanol adalah sebatian alkohol, dimana ia dicampurkan dengan air yang menjadikan kepekatan sesuatu wangian berbeza antara satu sama lain. Ketahanan dan kekuatan sesuatu bau bergantung kepada kepekatan minyak.

 

4 JENIS MINYAK WANGI YANG PERLU DIUTAMAKAN

 

Lagi tinggi peratusan sebatian, lagi lama bauan minyak wangi itu bertahan

Anda perlu tahu tilah atau ‘term’ yang selalu digunakan untuk pelabelan minyak wangi

  
 

Eau de Parfum (EDP)

  • Kepekatan kedua tertinggi
  • Peratus kepekatan antara 10% hingga 20%
  • Mempunyai campuran air atau alkohol
  • Bertahan 8 hingga 12 jam
  • ‘Niche perfume’
 

Eau De Toilette (EDT)

  • Kepekatan antara 4% hingga 15%
  • Digunakan untuk minyak wangi lelaki
  • Bauan yang tidak keras
  • Mengandungi alkohol yang lebih tinggi
  • Dihasilkan dalam bentuk spray
  • Tidak tahan lama
 

Eau de Cologne (EDC)

  • Kepekatan antara 2% hingga 5%
  • Bauan yang segar dan ringan
 

Eau de Fraiche (EDF)

  • Kepekatan yang paling rendah
  • Kepekatan 1% hingga 2% sahaja
  • Sesuai untuk kegunaan harian dan harga yang lebih murah
 

Haa! Macam mana, berguna tak info yang kitaorang share ni? Semoga sharing kami ni bermanfaat untuk korang semua! Nanti kita akan share baaanyak lagi info after this pasal perfume okay? Stay tuned tau!

 

 

Tags: Tips

Leave a Comment